Categories
SELANGOR

SICG: RM350,000 menanti kaki ‘game’

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 18 OGOS: Hadiah keseluruhan sebanyak RM350,000 ditawarkan kepada penggemar permainan siber yang menyertai Selangor International Cyber Games (SICG) 2016.

Bertempat di One City, SICG mempertandingkan tujuh permainan siber sepanjang tiga hari bermula 9 hingga 11 September depan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Sukan, Amirudin Shari, berkata penyertaan terbuka kepada profesional mahupun amatur.

AMIR“Sebelum ini hanya empat permainan dipertandingkan, namun tahun ini kita menambah kepada tujuh permainan.

“Kita berharap selepas ini lebih banyak permainan yang boleh dipertandingkan,” katanya dalam sidang media di One City, di sini.

Amirudin menyasarkan SICG mendapat penyertaan lebih 2,000 pemain dengan mempertandingkan permainan siber antaranya, Mineski Pro Gaming League Southeast Asia (DOTA 2), DOTA 2 Amateur League of legends counter strike, hearthstone, Street Fighter V, Fifa 16 dan Clash Royal.

“Selangor sentiasa menerajui sukan apa sahaja di Malaysia.

“Kami percaya ini keputusan tepat dan memastikan generasi muda di negeri ini mendapat manfaat daripada pelaburan ini,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.