Categories
SELANGOR

SKORA didik generasi muda hargai harta awam

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 OGOS: Bagi mendidik generasi muda menghargai harta awam dalam komuniti di kediaman bertingkat, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menganjurkan program Skim Pengenalan Pengurusan Kehidupan Strata (SKORA).

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bangunan Strata LPHS, Azlina Ismail, berkata program itu disasarkan kepada golongan muda untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab memelihara harta bersama.

“Selain itu, kami sasarkan pelajar ini kerana pada suatu hari nanti ada diantara mereka menjadi pemilik rumah. Sekurang-kurangnya mereka mendapat pengetahuan penting seperti kepentingan membayar caj penyelenggaraan, cukai dan sebagainya,” kata Azlina.

Azlina berkata demikian kepada media pada program SKORA yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 di sini, hari ini.

Jelasnya, program ini diteruskan ke sekolah lain ekoran sambutan menggalakkan.

Dalam program SKORA yang diadakan, pelajar diajar mengenai kepentingan adab hidup berjiran dan bayaran caj penyelengaraan di kediaman bertingkat.

Program menampilkan PU Rahmat dan Eliza Helmi berjaya menarik minat pelajar ekoran disampaikan secara spontan dan menarik hati pelajar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.