Categories
SELANGOR

Sukma 2016: MB ucap terima kasih diizin masuk Sarawak

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 1 OGOS: Menteri Besar Selangor berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memberi kelulusan kepadanya memasuki negeri itu bagi menghadiri majlis penutup Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 2016, di Stadium Sarawak, di sini, malam tadi.

“Biar kita fokus dengan Sukma, jika tidak mereka akan keluarkan saya dari Sarawak,” kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berseloroh kepada media ketika diajukan mengenai isu pilihanraya negeri (PRN) Pulau Pinang.

Beliau berkata, proses permohonan itu dibuat dalam notis singkat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr Adenan Satem dan bersyukur ia mendapat kelulusan.

penutupsukma 5Katanya, Kerajaan Selangor turut merakamkan penghargaan sama kepada Kerajaan Sarawak yang memberikan kerjasama kepada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) di sepanjang perjalanan Sukma dari 22 hingga 31 Julai.

“Saya juga berterima kasih kerana Kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan cukup baik dalam menyambut keberangkatan tiba DYTM Raja Muda Selangor yang berada di sini untuk mmeberi sokongan moral kepada atlet Selangor,” katanya.

Selangor menjuarai Sukma ke-18 2016 dengan pungutan pingat 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.