Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL

Surat kepada Anwar Ibrahim: Menyemai harapan dalam penjara

OLEH LEE KHAI LOON

Salam reformasi Dato’ Seri,

Baru-baru ini nampak gambar saudara di media, perasaan pertama yang timbul adalah saudara semakin kurus. Kami yang berada di luar, tidak dapat bayangkan betapa sepi dan sunyinya hidup dalam penjara.

Semasa saya menulis surat ini, saudara telah dipenjarakan selama 546 hari! Sudah lebih satu setengah tahun saudara dipenjarakan.

Saya sentiasa ingat saudara pernah berkata, “Saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan, keadilan dan saya tidak akan menyerah”

Berdepan dengan pemerintahan yang hampir sama dengan diktator, “saya tidak akan menyerah” seolah-olah adalah tentangan kita terhadapnya.

Kini Malaysia menjadi lebih teruk sebelum saudara dipenjarakan. Ekonomi negara sedang jatuh merudum. Disebabkan skandal 1MDB, keseluruhan sistem pemerintahan dan institusi penguatkuasaan menjadi lumpuh.

Tambahan pula dengan Majlis Keselamatan Negara yang baru dikuatkuasakan, kuasa Najib sudah sampai ke kemuncak. Hak asasi manusia serta sistem negara kita dimusnahkan sepenuhnya.

Sebagai seorang aktivis politik yang melibatkan diri dalam usaha mereformasikan negara kita, saya berfikir “saya tidak akan menyerah” telah menjadi sekurang-kurangnya apa yang boleh kita buat untuk menentang pemerintah yang rakus ini.

Sebelum perbicaraan pada 10 Februari 2015, saudara tetap tabah dan gagah berdepan dengan segala fitnah dan penganiayaan. Sahabat-sahabat saudara yang kenal dengan kerakusan pemerintahan Malaysia juga menasihati saudara jangan pulang ke tanahair serta menyediakan perlindungan kepada saudara.

Namun saudara tetap memilih untuk pulang ke tanahair untuk berjuang bersama rakyat untuk menentang pemerintahan yang rasuah dan rakus ini.

Semua rakyat sedar bahawa saudara dipenjarakan kerana penganiayaan politik. Pada PRU13, Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh saudara telah mencapai satu detik sejarah demokrasi Malaysia di mana undi popular parti pembangkang adalah lebih daripada parti pemerintah.

ANWAR-NAJIB-660x471Keputusan pilihanraya bukan sahaja mengejutkan kita semua tetap juga kepada BN. Mereka tahu bahawa sekiranya parti-parti pembangkang bersatu, maka BN hendak terus memerintah adalah sangat sukar. Jiwa pemimpin saudara boleh menyatu-padukan semua pihak.

Penganiayaan yang dibuat oleh pemerintah ke atas saudara bukan sekadar individu sahaja, tetapi bertujuan untuk mematahkan semangat saudara yang boleh menyatu-padukan semua pihak.

Dalam perjalanan reformasi, setiap individu adalah begitu kecil. Apa yang boleh dipelajari oleh kita semua dari pengorbanan saudara adalah semangat “perpaduan”. Oleh kerana kita berdepan dengan kuasa hegemoni BN, kita tiada modal untuk berpecah!

Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak serta dua pilihanraya kecil yang baru-baru ini telah menunjukkan bahawa pihak pembangkang, parti politik atau masyarakat sivil tidak dapat bergerak jauh sekiranya kita berpecah. Malahan sekiranya kita terus terjerumus dalam persengketaan dalaman, maka kita akan terus gagal.

Kadang-kala saya berfikir jikalau saudara tidak dipenjarakan, adakah keadaan politik Malaysia akan jadi tidak sama? Namun tiada ‘jika” dalam sejarah, kita hanya boleh mencari jalan keluar dalam keadaan semasa.

Iltizam saudara adalah role model bagi aktivis politik dan generasi akan datang. Pengorbanan saudara membolehkan kita hasilkan buah reformasi.
Dari tsunami politik March 8 hingga ke Mei 5, saya dipilih sebagai ADUN Machang Bubuk yang juga merupakan kampong asal saudara. Penduduk-penduduk di kawasan masih ingat anekdot-anekdot berkaitan dengan saudara.

Saya sentiasa ingat pesanan saudara untuk terus berkhidmat kepada rakyat khasnya berlandaskan kepedulian rakyat. Saya tidak akan lupa akan tanggungjawab dan mandate yang diberikan oleh rakyat adalah untuk saya melaksanakan agenda reformasi serta usaha untuk mengubah kehidupan rakyat.

Berkenaan dengan kepentingan perubahan sistem, ia bukan sekadar menjatuhkan seseorang pemimpin sahaja malah mengubah sistem rosak yang membolehkan pemimpin tersebut bermaharajalela.

Perubahan sistem pemerintahan amat penting terutamanya bagi negeri-negeri yang diperintah oleh parti pembangkang. Bagaimana kita boleh bermula dari negeri yang diperintah oleh parti pembangkang akan dijadikan sebagai teladan serta memberikan satu gambaran kepada rakyat tentang kebaikan pertukaran kerajaan.

Negara kita semakin rosak, kita perlu bertekad dan berharapan untuk memastikan masa depan negara tidak digadaikan oleh pemimpin yang rakus. Hanya dengan perjuangan baru ada harapan!

Ini bukan kali pertama anda menyambut hari lahir saudara dalam penjara kerana hampir sepuluh tahun anda dipenjarakan.

Anwar bebas10 Ogos, kami semua akan hadir ke majlis sambutan hari lahir saudara di luar penjara Sungai Buloh. Saudara tidak dapat bersama dengan kami di luar.

Setiap kali berkumpul di luar penjara Sungai Buloh, ia mengingatkan kami bahawa mereka telah menggunakan segala cara untuk menganiayai serta penjarakan saudara, namun saudara tetap berjuang dengan lebih berani lagi, tidak putus asa dan tidak akan menyerah.

Mereka hendak kita semua lupa. Lupa tentang sejarah reformasi, lupa tentang skandal 1MDB. Mereka hendak kita terus ditipu tetapi kita tidak boleh putus asa. Kita semua adalah benih-benih harapan.

Akhir sekali, saya memetik puisi “Selamat Hari Lahir”, karya sasterawan Allahyarham Usman Awang atau Tongkat Warrant buat kepada saudara: –

Selamat Hari Lahir (buat Saudara Anwar Ibrahim)
Palu telah dijatuhkan
Lama sebelum tanganmu terikat ke belakang
Kau gegar aras kayangan
Kekuasaan yang mula tergoncang
Sekali tanganmu terancung ke udara
Sejuta teriakan menyambutnya
Sekali suaramu terpancar ke angkasa
Sejuta gelombang gema menyahutnya
Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah
Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.

Saudara seperjuanganmu,

Lee Khai Loon
8 Ogos 2016, Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published.