Categories
SELANGOR

Tak gentar ugutan samseng

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 24 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak akan tunduk kepada peras ugut samseng, kata Yang DiPertuanya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Beliau berkata, kerja pembersihan sampah tetap diteruskan di Jalan TPT5/1, Taman Perindustrian Puchong.

Katanya, beberapa penguatkuasa turut diletakkan di kawasan berkenaan untuk pemantauan.

“Pada hari pertama, kontraktor dilantik MPSJ mendakwa didatangi samseng yang meminta wang perlindungan sebanyak RM5,000, namun ia tidak dipenuhi.

“Kumpulan samseng mendakwa ia kawasan mereka sedangkan tapak itu merupakan rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPSJ yang turut disertai ahli majlis dan ketua jabatan.

Bermula awal minggu lalu, kontraktor mula memasuki tapak berkenaan bagi melakukan kerja pembersihan sampah.

Nor Hisham berkata, ia merupakan kejadian pertama gangguan samseng dilapor kontraktor kepada MPSJ.

“Satu laporan polis juga sudah dibuat kontraktor untuk tindakan lanjut,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.