Categories
SELANGOR

Tawaran pinjaman pendidikan Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 OGOS : Kerajaan Negeri menerusi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menawarkan pinjaman pendidikan jangka panjang kepada anak-anak Selangor bagi sesi kedua, 2016.

Pinjaman terbuka bagi lanjutan peringkat pengajian Sijil hingga Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Tempatan diiktiraf Kerajaan.

Tawaran juga terbuka kepada pemohon yang ingin melanjutkan pengajian peringkat sijil di Politeknik/Kolej Komuniti dengan kadar pinjaman RM4,000 hingga RM7,000 setahun.

Bagi pemohon penganjian Ijazah Pertama, pemohon mestilah memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kulusan CGPA 2.5 ke atas.

Pemohon juga perlu memperoleh empat (4) Gred C dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau lima (5) kelulusan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sementara pemohon pengajian Diploma mestilah mendapat lima (5) kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan Sijil dengan kelulusan CGPA 2.5 ke atas.

Kelayakan di peringkat Sijil (IPTA) pula menetapkan pemohon mesti mendapat empat (4) kepujian di peringkat SPM dan tiga (3) kepujian di peringkat SPM bagi pengajian Sijil (IPTS).

Syarat-syarat lain, pemohon mestilah belum menerima sebarang penajaan daripada penaja lain, tidak bekerja dan mengikuti pengajian sepenuh masa.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web TKWBNS, http://tkwbns.selangor.gov.my sebelum 30 Ogos ini.

Hanya pemohonan berjaya dipanggil untuk sesi temuduga dan pemohon berjaya sahaja ditawarkan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor.

Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan boleh disemak menerusi web rasmi Pijana Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.