Categories
SELANGOR

Tiada kelulusan lesen baru premis hiburan ditutup

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 OGOS: Semua premis hiburan yang ditutup tidak lagi berpeluang untuk membuat permohonan lesen baru.

Exco Kerajaan tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, hal itu masih diperingkat cadangan dan diputuskan kelak.

Katanya, Kerajaan Negeri memandang serius isu premis hiburan dan pusat judi dengan mengambil tindakan sepadu bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Akan tetapi pengawalan kedai judi haram yang lebih efektif adalah dengan kerjasama polis untuk mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Mengikut rekod polis, jumlah terkini kedai mesin judi di negeri ini ialah sebanyak 21 premis berlesen,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih).

CP2A9314-800x533Hian Wah berkata setakat Jun 2016, seramai 1,293 pengusaha premis judi di kenakan tindakan manakala seorang pengusaha dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Bagi tahun 2015, seramai 4,541 pengusaha dikenakan tindakan antaranya Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Enakmen hiburan dan tempat hiburan 1995 negeri dan Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 serta Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.