Categories
NASIONAL

Tidak dapat basikal lebih sakit dari tertusuk kayu

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 18 OGOS: Bekas wartawan senior meja jenayah, Syahril A Kadir hari ini berkongsi rasa sentimentalnya terhadap jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang.

Menerusi laman facebooknya, Syahril menyorot kembali insiden menimpa Azizulhasni yang tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester lima tahun lepas.

“Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya sampai habis koyak rabak seluar hingga menampakkan punggung.

“Namun, dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan.

AZIZUL - POST “Semuanya dia lakukan bukan saja untuk dirinya, tetapi demi menjulang nama Malaysia yang tercinta ini,” tulisnya dalam satu posting yang kini menerima lebih 5,000 like.

Cuba menyelami perasaan ditanggung Azizulhasni, Syahril dapat merasakan pelumba bertubuh kecil itu lebih ‘sakit’ apabila permohonan basikal untuk persiapan Olimpik tidak diendahkan.

“Jadi bila permohonannya mendapatkan hanya sebuah basikal tidak diendahkan, aku rasa ia lebih tajam dan menyakitkan daripada tertusuk kayu itu sendiri. Kalau kita boleh merasai ‘kesakitan’ itu, bayangkan dia si empunya badan.

“Apa salahnya dia meluahkan ‘sedikit’ kesakitannya selama ini dia bermatian-matian demi negara ada pernah dia luahkan dan ada kita pernah endah? Ini bukan soal nak hentam kerajaan atau memanda menterinya, ini soal hati dan perasaan seseorang yang rasa dipinggirkan.

“Itu saja, kenapa perlu melantun tak tentu pasal?,” katanya.

Bagaimanapun, Syahril tetap memuji Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang berjanji menyiasat luahan Azizulhasni, biarpun disifatkannya sebagai ‘nasi dah jadi bubur’.

Semalam, Azizulhasni mengingatkan Ahmad Razif dan pihak berkaitan untuk membuka mata dengan kejayaan meraih pingat gangsa di Olimpik Rio.

Menerusi laman Facebooknya, Azizulhasni mendakwa Ahmad Razif tidak berkenan membantu beliau dan rakannya dan Fatehah (dua anak jati Terengganu) yang berjuang di peringkat Dunia.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.