Categories
SELANGOR

TNB digesa patuhi garis panduan demi keselamatan penduduk

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 OGOS: Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengikuti syarat dan garis panduan ditetapkan dalam melaksanakan Projek Pembinaan Talian Penghantaran Elektrik Bervoltan Tinggi 275/132 kilovolt (kV) ke Pencawang Masuk Utama (PMU) Mahkota Cheras.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata keselamatan penduduk sekitar juga harus menjadi keutamaan.

“Pada masa sama, penduduk dimohon memberi kerjasama demi kepentingan umum dan kemudahan bersama di masa hadapan.

“Kerajaan Negeri dari masa ke masa sentiasa mengikuti perkembangan projek ini secara dekat,” katanya dalam kenyataan.

Pada 6 Jun lalu, TNB menerusi sesi dialog bersama penduduk sedia mempertimbang permohonan pemimpin masyarakat Taman Cheras Hartamas untuk tidak mengganggu struktur binaan sedia ada penduduk yang memasuki kawasan projek.

ZAIDY DUNBerdasarkan kepada jumlah penggunaan tenaga elektrik semasa, Lembah Klang memerlukan sebanyak 44 peratus berbanding dengan kadar pengeluaran sebanyak 21 peratus.

Zaidy berkata, pembinaan talian penghantaran elektrik ini juga berkait dengan beberapa projek besar seperti Projek MRT yang dijangka siap pembinaan pada 2017 dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (2019).

“Pihak TNB selaku pemaju sudah memberikan penjelasan mengenai pelaksanaan projek ini kepada masyarakat Taman Cheras Hartamas mengenai isu yang menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk.

“Ini termasuklah dengan turut mendapatkan pandangan daripada perunding professional seperti Kumpulan IKRAM Sdn Bhd,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.