Categories
SELANGOR

‘U We Glow Fun Run 2016’ kembali

SHAH ALAM, 18 OGOS: Larian ‘U We Glow Fun Run 2016’ musim kedua bakal kembali pada 10 Disember ini khusus buat penggemar aktiviti itu.

Program anjuran Lab Anchor Sdn Bhd dengan kerjasama Tourism Selangor itu memerlukan peserta berlari sejauh lima kilometer (km) yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, di sini.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran sehingga 30 Oktober ini di https://mro.myraceonline.com/uwgr16/Registrations dengan harga antara RM83 hingga RM88 untuk seorang, manakala bagi ‘double’ RM156 hingga RM166.

Larian akan bermula pada jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam.

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan keuntungan melalui penyertaan itu akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.