Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Yakin pertumbuhan ekonomi negeri, Gabenor Riau puji Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU, 20 OGOS : Kestabilan ekonomi negeri menjadi pemangkin kepada negara luar untuk terus menjalinkan ruang kerjasama serantau mencakupi pelbagai bidang.

Gabenor Riau, Arsyadjuliandi Rachman MBA, berkata pentadbiran Riau memuji pertumbuhan ekonomi Selangor yang dilihat terus berdaya saing sebagai penyumbang terbesar ekonomi negara.

“Selangor sebuah negeri yang maju dengan pendapatan perkapitanya cukup tinggi selaras pertumbuhan kepeluan ekonomi maksimanya.

“Kalau di Riau kita berada di kedudukan kelima menyumbang keperluan ekonomi Indonesia, dan Selangor berada di kedudukan terbaik di Malaysia.

“Jadi kedua-duanya saling berkomunikasi untuk membangun wilayah negeri masing-masing,” katanya yang turut memaklumkan kekerapan beliau berkunjung ke Malaysia khususnya di Selangor.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Seminar Malay Archipelago Postgraduate Seminar (MAPS) 2016 di Universitas Lancang Kuning, Riau Indonesia.

IMG_0643Gabenor adalah jawatan tertinggi kepada sesebuah pentadbiran wilayah atau daerah di Indonesia.

Sebelum ini, Selangor terus mengukuhkan kedudukan ekonomi negeri dengan menyumbang perolehan sebanyak 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jumlah tersebut sekali gus meletakkan Selangor sebagai penyumbang terbesar hasil pendapatan negara selain pertumbuhan hasil negeri sebanyak 82.49 peratus.

Perkembangan positif itu turut mendorong keyakinan kepada kemasukan pelabur luar ke Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.