Categories
SUKANKINI

Execration juara SICG rangkul USD30,000

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 14 SEPT: Pasukan Execration dari Filipina muncul juara dalam pertandingan Mineski Pro Gaming League (MPGL) Southeast Asia Championship di Selangor International Cyber Games (SICG) 2016 baru-baru ini.

Execration berjaya menewaskan MVP.Phoenix dari Korea Selatan dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah USD30,000 manakala pasukan MVP.Phoenix membawa pulang USD10,000.

Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN), Najwan Halimi, berkata sebanyak tujuh permainan dipertandingkan antaranya Mineski Pro Gaming League Southeast Asia Championship (Dota 2), League Legends, Hearthstone, Counter Strike, Street Fighter V, Fifa 16 dan Clash Royal.

“Permaian terbesar anjuran kali ini adalah MPGL Southest Asian Championship yang disertai peserta dari 10 buah negara antaranya Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura, Australia dan Amerika.

“Dalam pertandingan League Legend, pasukan Mineski-x berjaya menjuarai keseluruhan dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 beserta piala,” katanya.

Bagi pertandingan Counter Strike, dijuarai oleh MVP.Karnal dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, manakala pertandingan Street Fighter V pula dijuarai Quah Ban Chuan (RM5,000).

Difahamkan, lebih 1,200 peserta berentap bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM350,000 di SICG 2016 anjuran Kerajaan Negeri melalui MSN.

SICG telah berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 September lalu bertempat di One City Mall, Subang Jaya.

EZY