Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

58% rakyat sokong kepimpinan Mohamed Azmin

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 SEPT: 58 peratus rakyat di Selangor bersetuju bahawa Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali seorang yang berkarisma dengan kepimpinannya.

Sokongan itu diperolehi daripada 1,761 responden kajian semasa dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE), pada 26 hingga 30 Ogos lalu.

Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kepimpinan Mohamed Azmin diterima semua peringkat umur antara 21 hingga lebih 60 tahun dengan sokongan sehingga 60 peratus.

Mengikut pecahan kaum, Mohamed Azmin diterima kaum Melayu, Cina dan India sekitar 55 hingga 58 peratus.

surveyBagi kajian ‘Perkembangan Ekonomi Negeri Selangor Meningkatkan Sokongan Kepada Pakatan’, 52 peratus responden menyokong, sementara 29 peratus memilih ‘Tidak Pasti’ dan 20 peratus lagi memilih ‘Tidak”.

Berkenaan ‘inisiatif Smart Selangor yang perlu menjadi fokus Kerajaan Selangor untuk dilaksanakan segera’, Smart Education menjadi tumpuan utama dengan 28 peratus.

Smart Transport and Mobility, Smart Governance dan Smart Waste Management pula masing-masing kedua dengan 27 peratus diikuti Smart Water Management (26 peratus).

-AA-