Categories
SELANGOR

Batalkan cadangan benarkan pemaju perumahan sedia pinjaman

SHAH ALAM 17 SEPT: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu melupakan cadangan membenarkan pemaju hartanah menyediakan pinjaman perumahan kepada pembeli.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata skim pinjaman dicadangkan Tan Sri Noh Omar itu dikritik ahli politik kerajaan dan pembangkang serta agensi penarafan antarabangsa, Fitch Ratings.

Beliau turut meminta maklum balas kementerian itu terhadap laporan kumpulan pemikir kerajaan, Institut Penyelidikan Khazanah pada tahun lalu mengenai perumahan mampu milik.

selangorku rumah“Laporan itu menekankan masalah pemaju tidak responsif terhadap permintaan pasaran dan mencadangkan kajian dijalankan terhadap perumahan di seluruh negara dan mewujudkan pangkalan data bagi memastikan bekalan dapat memenuhi permintaan.

“Laporan itu turut menyarankan perubahan dilakukan terhadap sistem penghantaran industri pembinaan tidak seragam,” kata Bee Yin dalam kenyataan media.

Katanya sudah tiba masanya untuk Noh merendah diri dan mengumumkan pembatalan rancangan itu.

Bee Yin turut mempersoalkan bagaimana seorang menteri boleh mengumumkan dasar penting tanpa mengkaji idea itu secara menyeluruh terlebih dahulu.

“Noh yang baharu dilantik ke Kabinet tiga bulan lalu, tidak sepatutnya mencadangkan dasar tidak dirancang dengan terperinci dalam keghairahannya untuk menunjukkan prestasinya,” katanya.

EZY