Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Gerakan besar-besaran bakal tumbang Umno Barisan Nasional

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PASIR GUDANG, 25 SEPT: Gerakan besar-besarkan kini sedang giat disusun sebagai perancangan untuk menumbangkan legasi kepimpinan Umno Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Bekas Perwakilan Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin memaklumkan perkara tersebut ketika berucap pada ceramah Siri Jelajah Penerangan 1MDB, di Ibu Pejabat KEADILAN Pasir Gudang, di sini, malam tadi.

“Janji saya, janji Srikandi Bersatu, kita akan godam habis-habisan Johor dan kita akan pastikan Umno Barisan Nasional tumbang di Johor pada PRU-14.

ainina“Iltizam dan matlamatnya, kita sedang merancang satu gerakan besar-besaran di luar pemikiran Umno dan Barisan Nasional yang akan mengejutkan mereka pada PRU-14,” katanya.

Bagaimanapun, Ainina tidak mendedahkan butiran lanjut istilah ‘gerakan’ yang sedang diusahakan pihaknya menerusi penubuhan parti baru, Bersatu.

Ainina sebelum ini dipecat daripada Umno selepas memfailkan saman pada 8 Ogos 2015 terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden parti itu.

Susulan itu, beliau bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi antara penggerak utama kepada penubuhan Bersatu.

-NFN-