Categories
SELANGOR

GROW landasan terbaik usahawan timba ilmu

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 SEPT: Program Graduate Realizing Opportunities Way-Forward (GROW) landasan terbaik usahawan menimba ilmu dan selok belok perniagaan.

Pemilik Warung Pasta, Mohd Syafiq Mohd Kamil, 28, berkata beliau kini lebih memahami aspek penting sesuatu perniagaan.

“Sekarang kita lebih peka dan faham mengapa pengurusan akaun penting dalam memastikan ‘flow’ perniagaan.

“Saya juga tahu mana harus dihalakan perniagaan ini termasuk cara untuk menarik lebih ramai pelanggan seterusnya memajukan lagi perniagaan,” katanya.

NormiziSementara itu, Pengusaha ‘Frozen Food’, Mohd Normizi Misham, 28, berkata GROW membina keyakinan luar biasa dirinya sebagai usahawan muda.

“Selepas menyertai GROW, tahap keyakinan saya bertambah kerana lebih jelas dengan apa yang saya perlu lakukan dalam bidang diceburi.

“Dengan keyakinan diri tinggi, apa yang diusahakan pastinya lebih menghampiri kejayaan,” kata Normizi dari Terengganu kepada Selangor Kini.

AisyahPemilik ETR World Resources, Siti Aisyah Mohd Kamal, 24, pula berkata beliau bersedia menyertai GROW jika diberi peluang lagi.

“Semestinya saya akan sertai lagi sebab platform sebegini bukan mudah diperolehi apalagi oleh syarikat besar dan berprofil tinggi seperti PKNS.

“Nasihat saya kepada yang benar serius dengan bidang perniagaan, sertailah GROW, anda pasti puas hati,” katanya.

-nR-