Categories
SELANGOR

LZS: Kempen Tambah Caruman menerusi e-SPG

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pembayar zakat kini berpeluang menyertai Kempen Tambah Caruman menerusi e-SPG bermula September hingga Disember 2016.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (LZS), Norajun Ainun Mohd Hashim, berkata kempen itu bagaimanapun terbuka kepada pencarum Skim Potongan Gaji (SPG) sahaja.

Katanya, sasaran adalah pencarum SPG dengan jumlah potongan gaji sama walaupun melebihi tiga tahun.

“Kita mahu menggalakkan pencarum membuat taksiran semula dan menyertai SPG dengan jumlah zakat tepat.

“LZS juga berhasrat menjadikan SPG sebagai medium menunaikan zakat harta dan zakat pendapatan.

“Diharap lebih ramai menggunakan perkhidmatan e-SPG selepas ini,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 2015, jumlah pencarum SPG adalah seramai 175,766 orang.

Menerusi kempen ini, 100 pencarum bertuah juga berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Penambahan bayaran boleh dilakukan secara atas talian di www.zakatselangor.com.my/espg-online.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman web LZS di http://www.zakatselangor.com.my/kempentambahcarumanespg/.

EZY