Categories
AGAMA SELANGOR

Mangsa ribut Kampung Kuala Pajam dibantu

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan sumbangan kepada lima keluarga yang menjadi mangsa ribut di Kampung Kuala Pajam Beranang, pada 9 September lalu.

14212141_10154371786871221_1163293129474070234_nLZS menerusi laman rasmi facebook memaklumkan, lemabga itu bersama penghulu mukim Beranang dan ketua amil kariah menyampaikan sumbangan RM300 kepada setiap keluarga.

“Jumlah keseluruhan sumbangan yang diserahkan RM1500. Salah satu rumah mangsa yang terlibat adalah asnaf miskin,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, bantuan baik pulih rumah sedang diusahakan kepada asnaf tersebut.

Majlis penyampaian disempurnakan Pengurus Daerah Hulu Langat, Muhd Salahhuddin Azmi Muhd Ali bersama Penghulu Mukin Beranang, Mohd Samsudin Satar.

-NFN-