SHAH ALAM, 28 SEPT : Masyarakat Orang Asal di negeri ini tidak terkecuali menerima manfaat jangka panjang hasil keprihatinan Kerajaan Negeri.
Terbaru, seramai tujuh keluarga masyarakat Orang Asal Sungai Rambai, Pulau Carey menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri susulan kejadian banjir di kawasan itu baru-baru ini.
Bantuan sumbangan diserahkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi di balai raya kampung tersebut, pada 26 September lalu.
Dalam perkembangan itu, bantuan dizahirkan Kerajaan Negeri sebagai inisiatif memastikan masyarakat kurang bernasib baik terus dibantu.
Terdahulu, faktor fenomena air laut pasang yang berlaku di sekitar perairan negeri menyebabkan beberapa kediaman penduduk dinaiki air.
EZY