OLEH : DATO’ MENTERI BESAR, DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Saya mewakili Kerajaan Negeri Selangor menyembah ucapan tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj sempena pernikahan Baginda dengan Puan Norashikin binti Abdul Rahman.
Sesungguhnya, warga pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh rakyat jelata bergembira dengan sempurnanya Majlis Ijabkabul Tuanku yang dikasihi rakyat dan mendoakan kebahagiaan berkekalan serta memperolehi keberkatan Allah SWT.
Negeri Selangor akan bertambah seri dan makmur di bawah payung kebesaran Tuanku, sebagai negeri yang penuh berkat dan mendapat pengampunan dari Allah SWT.