OLEH AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM, 22 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menerima kunjungan hormat Setiausaha Kewangan Perbendaharaan United Kingdom (UK), Jane Ellison dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell di pejabatnya, semalam.
Dalam pertemuan itu, beliau berbincang dan bertukar pandangan berkenaan pentadbiran, ekonomi, pembangunan serta penambahbaikan pelaburan juga perdagangan.
“Kami turut berkongsi pendapat bersama dalam isu plihan raya dan kepentingan untuk terus mengutamakan ketelusan juga kebertanggungjawaban,” kongsinya di Facebook @MohamedAzminAli.
Sebelum ini, Mohamed Azmin pernah menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Czerch ke Malaysia, H.E. Rudolf Hykl; Imam Besar Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Muhsin Al-Qasim; Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, H.E Dr Johan Subritzky dan Delegasi Kerajaan Singapura diketuai Menteri Kanan Hal Ehwal Luar dan Pertahanannya, Dr Mohamad Maliki Osman.
Kesemua pertemuan itu turut memfokuskan kepada hubungan perdagangan dua hala.
-AA-