Categories
SELANGOR

Paip pecah lagi di Jalan Sungai Jelok Kajang

SHAH ALAM 8 SEPT: Beberapa kawasan di Hulu Langat sedang mengalami gangguan bekalan air sementara akibat paip pecah lagi selepas kerja pembaikan siap dilaksanakan pada jam 4.00 pagi hari ini (8 September) di Jalan Sungai Jelok, Kajang.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dipercepatkan untuk memulihkan bekalan air dengan secepat mungkin.

“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat di kawasan terlibat mulai 9 pagi esok.

“Bantuan bekalan air sedang dan terus dihantar menerusi lori tangki ke kawasan sedang mengalami gangguan bekalan air sehingga bekalan air pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media.

Kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara adalah seperti berikut:

paip-pecah

Maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan paip pecah akan dikemaskinikan dalam aplikasi telefon “mysyabas” dan laman web www.syabas.com.my.

EZY