Categories
SELANGOR

Misi tarik pelaburan luar negara terus diperhebat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 SEPT: Lapan lagi bandaraya bakal dilawati bagi meneruskan misi merancakkan hubungan luar negara sekaligus mempromosikan dan menarik lebih ramai pelabur ke Selangor.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata Kerajaan Negeri sedang merancang untuk merancakkan lagi hubungan antarabangsa terbabit.

“Pada asalnya, kita menganggarkan untuk melawat 20 bandaraya tahun ini. Tetapi pada akhir Julai lalu, kita sudah melengkapkan misi ke 25 bandaraya.

“Berbaki beberapa bulan lagi, kita merancang untuk ke lapan bandaraya lagi bagi membolehkan kita menjalankan aktiviti promosi dengan lebih berkesan,” katanya kepada SelangorKini.

Selangor-maju-1Chang Khim berkata misi perdagangan antarabangsa merupakan peluang keemasan Selangor untuk lebih agresif ekoran usaha dijalankan oleh negeri lain kelihatan perlahan.

“Inilah peluang Selangor untuk bertindak secara lebih maksimum.

“Ini kerana usaha dilakukan negeri lain agak lambat, jadi ia peluang baik untuk kita,” katanya.

Beliau berharap dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini, usaha terbabit mendapat kesan positif.

“Segala dirancang berjalan dengan lancar begitu juga untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

EZY