Categories
SUKANKINI

Pencarian Pelumba Cub Prix 2017 Petronas, peluang lahir bakat muda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 SEPT: Golongan muda berminat untuk memulakan karier sebagai pelumba profesional kejuaraan Cub Prix 2017 Petronas boleh membuat permohonan secara terus Pusingan 8, siri kejuaraan di Taman Perindustrian Temerloh, Pahang 24 dan 25 September ini.

Pihak promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd, berkata pihaknya menerima permohonan dan sambutan menggalakan daripada remaja berumur antara 13 tahun hingga 20 tahun.

“Permohonan untuk menyertai perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha ini menerima sambutan baik.

“Kami akan mengumpul permohonan sehingga penghujung tahun ini dan diserahkan kepada pihak pengeluar untuk melakukan pemilihan sebelum mengumumkan nama pelumba terpilih,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

perlumbaan-yamaha-one-make-merupakan-antara-landasan-pelumba-muda-mula-menceburkan-diri-dalam-perlumbaan-profesionalDalam perkembangan itu, peserta boleh mendapatkan borang penyertaan dengan membuat permohonan atas talian di www.malaysiancubprix.com.

“Kelebihan dan kekuatan utama Kejuaraan Cub Prix adalah kerana ia berlangsung hampir ke seluruh negera dan bandar-bandar utama.

“Dengan membuka peluang permohonan secara terus kepada remaja di luar sana, program ini membuka peluang lebih luas melahirkan bakat dalam negara yang mampu menggegar di pelbagai peringkat perlumbaan,” kata Ron.

Sebelum ini, Cub Prix 2017 menerusi pengeluar motosikal Honda dan Yamaha optimis melahirkan bakat muda yang terus mencipta nama di peringkat tertinggi termasuklah Hafizh Syahrin Abdullah, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin.

Lebih membanggakan, pelumba Zaqhwan Zaini juga terus berjaya mencipta nama di peringkat Asia selepas berjaya memenangi beberapa siri perlumbaan di sana.

EZY