Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RM3.5 juta diperuntuk naik taraf ban Sungai Lang

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 21 SEPT: Sejumlah RM3.5 juta diperuntukkan bagi projek
melebar dan meninggikan ban sepanjang 730 meter (M) di Sungai Lang, di sini.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata peruntukan berkenaan meliputi nilai keseluruhan kontrak termasuk kos kajian dan reka bentuk.

“Kerja naik taraf ban dijangka bermula Oktober nanti selepas tender ditutup pada bulan ini.

“Projek ini antara lain membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa manifestasikan sikap kepedulian rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Semalam, beliau melakukan tinjauan di beberapa ban pecah di Sungai Air Tawar, di sini.

air-pasangBermula 18 September lalu, fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan pantai di Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengalami banjir.

Keadaan arus deras ini juga turut menyebabkan beberapa ban pecah dan rosak.

Laporan Pasang Surut Air Laut daripada Pusat Hidrografi Nasional mencatatkan paras air pasang di pelabuhan Klang untuk beberapa hari ini agak tinggi.

Pada 18 September lalu, paras air adalah 5.6M, pada 19 September dengan catatan 5.5M, bacaan 5.5M pula dicatatkan pada 20 September sementara bacaan pada 21 September ialah 5.2M.

EZY