OLEH ERMIZI MUHAMAD
GOMBAK, 11 SEPT : Usaha murni menggalakkan pembacaan Al-Quran dalam kalangan ummah disemarakkan menerusi penganjuran World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.
Kempen #QuranHour diwujudkan sebagai penggerak kepada kesatuan ummah seluruh dunia untuk terus memartabatkan kesucian Al-Quran sebagai kitab suci umat Islam.
Disertai lebih 3,000 peserta, program seumpamanya diyakini mampu menyemai semangat cintakan Al-Quran selain galakan kepada masyarakat untuk mengamalkan pembacaan kitab suci itu.
Inisiatif tersebut juga merupakan sebahagian dan galakan kepada masyarakst Islam seluruh dunia untuk mengamalkan pembacaan Al-Quran, selama satu jam sehari.
Dalam perkembangan itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, dan isteri Datin Seri Shamshida Taharin turut hadir menyokong usaha murni itu.
Antara pimpinan tertinggi lain turut hadir termasuklah Presiden UIAM, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Naib Presiden KEADILAN Shamsul Iskandar Md Akin.
Istimewanya, program berkenaan turut disertai delegasi dari negara luar membabitkan mahasiswa UIAM antaranya dari Bangladesh, China, Indonesia, Guinea, Yemen, Algeria dan Kenya.
EZY