Categories
SELANGOR

400 kaum India terima baucer RM100 sempena Deepavali

OLEH SYASYA SUFIAN

SELAYANG, 16 OKT: Seramai 400 penduduk DUN Taman Templer menerima baucer Jom Shopping Deepavali, di Pasaraya Mydin Selayang, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, program itu dilaksanakan menjelang perayaan Deepavali yang merupakan kesinambungan program Jom Shopping yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Setiap keluargayang layak akan menerima baucer sejumlah RM100.

“Walaupun permohonan adalah ramai tetapi kita agihkan mengikut program kerana ada pemohon yang telah menerima bantuan bulanan foodstamp, jadi kita utamakan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bantuan,” katanya kepada Selangor Kini.

img_3094Zaidy berkata, cadangan untuk penambahan ahli menerima bantuan ini masih dalam perancangan ekoran permintaan tinggi.

“Kita tahu nilai vaucher RM100 itu tidak mencukupi untuk seisi keluarga, namun saya merasakan menambah bilangan ahli kepada 700 penerima adalah lebih baik.

“Walaupun kaum India di DUN saya tidak seramai kaum Cina dan Melayu, tetapi dengan bantuan sebegini mereka juga sedar bahawa mereka turut diberi perhatian oleh kerajaan negeri,” katanya

-nR-