Categories
NASIONAL

Belanjawan Pakatan baiki ekonomi rakyat, belanjawan BN dijangka gulakan rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Belanjawan Alternatif 2017 dibentangkan Pakatan Harapan (Pakatan) membuktikan masih ada alternatif lain boleh digunakan Kerajaan dalam mengharungi kelesuan ekonomi negara tanpa mengorbankan kepentingan rakyat.

Antara langkah dicadangkan dalam belanjawan alternatif dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam, memotong peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan menyalurkan kepada sektor lebih banyak menguntungkan rakyat seperti kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membentangkan belanjawan yang penuh dengan pembaziran di samping cuba menggula-gulakan rakyat sebelum menjelang pilihan raya.

14729328_1284245168286852_6438738628482404685_n“Trek rekod yang lepas menunjukkan bajet dibentangkan Perdana Menteri penuh ketirisan, kehilangan wang dan banyak lagi isu yang tak ditangani dengan sempurna.

“Belanjawan yang dicadangkan Pakatan jelas menyentuh usaha untuk mengatasi perkara ini dengan tujuan kita adalah menunjukkan kepada rakyat masih ada alternatif lain untun mentadbir negara,” kata Surendran kepada SelangorKini di Lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Jelasnya, beliau percaya Belanjawan 2017 yang dibentangkan esok tidak meletakkan objektif melindungi ekonomi tetapi bersifat mempertahankan kuasa yang ada.

Katanya, walaupaun Najib dijangka memberi ole-ole kepada rakyat, namun beliau sepatutnya melihat keupayaan kewangan negara.

Najib juga dijangka tidak akan melakukan apa-apa untuk meringankan kos sara hidup rakyat seperti memotong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kecuali mengumpan ole-ole pilihan raya.

Pakatan dalam belanjawan alternatifnya semalam mencadangkan sifar GST sekaligus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

-nR-