OLEH LIZAWATI MADFA
AMPANG JAYA, 2 OKT: Berniaga di Bazar Hijrah merupakan peluang keemasan bagi peniaga menambah pendapatan.
Ibu kepada tiga anak, Herlina Mahnep, 27, berkata, ia memberikan landasan lain kepadanya yang sebelum ini tertumpu di pasar malam.
“Saya berpeluang untuk tambah pelanggan baru seterusnya menambah pendapatan sedia ada.
“Saya juga percaya, Hijrah Selangor akan menggandakan promosi menarik lebih ramai pengunjung di sini,” katanya yang berniaga murtabak dan roti canai kepada Selangor Kini.
Pandangan sama turut dikongsi peserta Hijrah, Hassan Basri, 25 yang menjual jagung rebus.
“Sebelum ini saya diberikan pinjaman RM3,000 bagi kelangsungan perniagaan kecil-kecilan ini.
“Sekarang Hijrah sediakan pula peluang berniaga di sini untuk kami. Terima kasih Hijrah,” katanya.
Sementara itu, S. Bhudan, 43, memuji usaha Hijrah yang tidak mengamalkan birokrasi dalam pemilihan peserta bazar.
“Dengan menyertai bazar ini, saya juga secara tidak langsung mengenali skim pinjaman Hijrah.
“Melihatkan kepada segala peluang ini, saya kini dalam pertimbangan untuk memohon skim di bawah Kerajaan Negeri ini,” katanya.
-nR-