Categories
NASIONAL

Dr Fauziah: Misi berjaya, tekad teruskan misi kemanusiaan

SEPANG 8 OKT: Ahli misi Women’s Boat To Gaza (WBG), Dr Fauziah Mohd Hassan berkata beliau tekad meneruskan misi kemanusiaan yang dibawanya.

Dr Fauziah yang juga bekas bendahari dan sukarelawan Mercy berkata walaupun gagal tiba ke Gaza, misi mereka berjaya.

“Saya rasa misi ini membuka mata ramai manusia di seluruh dunia untuk memastikan isu kepungan yang dikenakan terhadap Gaza diuarkan seluas-luasnya,” katanya.

Katanya pengalaman ditahan tentera Israel bersama 12 lagi wanita sukarelawan dalam kapal Zaytona-Oliva hampir 22 jam ketika dalam perjalanan menghantar bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza, Rabu lalu tidak mematahkan semangatnya.

Beliau berkata mereka tidak gentar kerana sebelum ini sudah diberi taklimat dan latihan apa yang perlu dilakukan jika berdepan keadaan ditahan tentera Israel.

“Kita menjangkakan ia berlaku. Jadi apabila berlaku, kita tidak panik, semua orang tenang, bernafas dengan baik dan bersedia dengan apa-apa kemungkinan,” katanya kepada pemberita di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

tawanDalam kejadian kira-kira jam 3 petang Rabu lalu, tentera Israel menahan kapal berkenaan bersama 3 kru dan 10 aktivis wanita, termasuk Dr Fauziah.

Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan dikepung sebelum ditahan dan ditunda ke Pelabuhan Ashdod.

Selain Dr Fauziah, sukarelawan wanita lain di atas kapal itu ialah Madelaine Anne Habib dari Australia, Synne Sofie Reksten (Norway), Emma Charlota Ringqvist (Sweden), Laureate Mairead MacGuire (Ireland).

Turut sama Marama Davidson (New Zealand), Jeannette Escanilla (Sweden), Mary Ann Wright (USA), Samira Douaifia (Algeria), Leign Ann Naidoo (Afrika Selatan), Sandra Barrilaro (Sepanyol), Mina Harballou (England) dan Hoda Rakhme (Rusia).

EZY