PUCHONG 5 OKT: Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi hari ini turun padang bagi meninjau kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP).
Turut turun padang Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail meninjau keadaan sekolah itu.
“Sama-sama kita berdoa agar Allah permudahkan urusan kami untuk membantu membangunkan sekolah ini,” tulis Noor Hanim di Facebooknya.
Lima buah kelas, ruang makan dan surau di SMIP hangus terbakar dalam kejadian kebakaran pada 3 Oktober lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, tiada kemalangan jiwa dilapor berlaku namun pihak sekolah menanggung kerugian hampir RM400,000 apabila keseluruhan bangunan surau dan bilik darjah gagal diselamatkan.
Disebabkan bencana berlaku itu pihak sekolah terpaksa mencutikan sebahagian daripada 320 pelajar berikutan kekurangan kelas.
Sumbangan boleh disalur menerusi akaun Bank Islam 12065010044360 atas nama Sekolah Menengah Islam Puchong atau menerusi akaun Mybank di nombor akaun 562777211141 atas nama SMIP Al Qamar Resources.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Pengerusi Lembaga SMIP, Mohd Yusuff Ibrahim ditalian 0133433445 atau Mudir SMIP, Yusoff Daud (0172842254).
EZY