Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri kemuka bantahan syor persempadanan semula

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan Negeri akan memfailkan semakan kehakiman bagi membantah syor persempadanan semula kawasan pilihan raya dikemukakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Kuala Lumpur.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan terbabit dengan segala maklumat dikemaskini akan dibuat pada petang ini atau selewat-lewatnya esok.

“Kerajaan Negeri percaya mempunyai kes yang kuat berdasarkan bukti dikumpul oleh kumpulan pakar berhubung perkara ini.

“Kita mendapati notis dan syor dikeluarkan SPR adalah mencabuli perlembagaan.

“Sebagai Menteri Besar dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), kita percaya langkah diambil SPR melanggari hak rakyat pelbagai bangsa,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan diambil itu kerana Kerajaan Negeri berasa bertanggungjawab mempertahankan sistem demokrasi dan hak rakyat di negeri itu.

Katanya, antara tujuan semakan adalah memohon mahkamah mengeluarkan syor dikemukakan SPR dan melarang SPR meneruskan proses inkuiri sehingga ianya didengar di mahkamah.

“Walaupun tiada kes dikemukakan atau rujukan dibuat sebelum ini tetapi tiada sebab untuk kita tidak mengemukakannya sebagai bantahan.

spr-660x471-1a“Dalam keadaan sekarang ini, kita melihat Barisan Nasional (BN) terlalu mendesak dan menggunakan isu perkauman bagi mempertahankan Putrajaya maka sudah tentu kita bertanggungjawab membantah secara keras.

“Daripada maklumat awal diterima dibuat kumpulan pakar bagi membantu dalam perkara ini maka buktinya terlalu jelas dan menyakinkan bahawa mahkamah akan meneliti permohonan ini juga memberikan keadilan,” katanya.

EZY