Categories
SELANGOR

Masjid Al-Khairiyah belanja RM20,000 rai 10 pasangan

OLEH SYASYA SUFIAN

GOMBAK, 2 OKT: Sebanyak RM20,000 diperuntukkan Masjid Al-Khairiyah bagi penganjuran program Pernikahan Perdana 2016 bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sempena sambutan Maal Hijrah edisi keenam di Taman Gombak Setia, hari ini.

Sekurang-kurangnya 10 pasangan di sekitar Gombak melangsungkan pernikahan secara beramai-ramai berhijrah ke status baharu bergelar sebagai suami isteri.

Kesemua pasangan pengantin berusia lingkungan 20-an itu dinikahkan lima jurunikah bertauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Al-Khairiyah.

Kira-kira 1,000 orang tetamu termasuk anggota keluarga pasangan pengantin hadir meraikan majlis yang bermula 10.30 pagi tadi.

kahwin-perdanaNazir Masjid Al-Khairiyah Ir Mohd Rozi Salleh berkata, berkonsepkan keserdahanaan, pasangan hanya membayar RM1,000 dan merupakan anak khairiah masjid.

“Kita utamakan kepada pasangan yang kurang berkemampuan memandangkan kos melangsungkan perkahwinan kini semakin meningkat.

“Dengan bertemakan konsep sederhana, majlis ini juga dirangka khusus memudahkan urusan yang wajib terlebih dahulu dilaksanakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Mohd Rozi berkata, terdapat dua pasangan yang kurang berkemampuan ditanggung pihak masjid.

nur-kaisah-erit-emeerSementara itu, peserta, Nur Kaisah Hatpari Harun, 20, berkata beliau dan pasangannya, Erit Emeer Zaini, 22, memilih menyertai program perdana itu kerana ia memudahkan pelbagai urusan.

“Program ini memudahkan banyak urusan seperti saya berwalikan hakim jadi proses di mahkamah dan pejabat agama banyak yang dibantu.

“Dengan hanya membayar RM1,000 banyak manfaat seperti sepasang untuk nikah, jamuan makan untuk 50 ahli keluarga, makan beradab, photobooth dan hadiah cabutan bertuah,” katanya.

abdul-fatah-siti-nuraqilah-1Bagi pasangan Abdul Fatah Abdul Kadir, 30 dan Siti NurAqilah Fadhilah, 25, mereka memilih melangsungkan pernikahan beramai-ramai dan menganggap inisiatif itu dapat menjimatkan perbelanjaan majlis perkahwinan mereka.

“Program ini sangat sesuai bagi pasangan yang muda khusunya mereka yang baru bekerja kerana ia tidak membebankan,” katanya

-nR-