SHAH ALAM, 14 OKT: Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) menyokong kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) walaupun mendapat tekan pihak tertentu.
Naib Presidennya, Amin Wahab berkata, FAS hanya berdepan tekanan ekoran sikap iri hati sesetengah pihak melihat kejayaan Merah Kuning di bawah kepimpinan Mohamed Azmin mara separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
“Kami yakin FAS sebenarnya tiada masalah tetapi pihak tertentu yang cemburukan kejayaan itu sengaja mengada-adakan masalah demi kepentingan pribadi masing-masing,” lapor Sinar Harian.
Katanya, kelab bola sepak Selangor yang kini bernaung di bawah FAS juga sepatutnya menyokong Mohamed Azmin.
“Selangor berada dilandasan tepat mempertahankan Piala Malaysia sewajarnya segala sokongan padu dituju kepada pasukan dan FAS yang diterajui Mohamed Azmin,” katanya merujuk pencapaian Selangor yang mendahului T-Team 2-1 dallam aksi separuh akhir pertama lalu.
-nR-