Categories
KENYATAAN MEDIA

Pembekalan air berjadual diteruskan

OLEH AMIN LIN ABDULLAH

Pelan pemulihan bekalan air secara berjadual kepada pengguna di Zon 1 dan 2 daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling akan diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Penjadualan ini diguna pakai sejak penutupan Loji Rawatan Air Sg Semenyih pada Oktober 4 2016 akibat pencemaran bau air mentah.

Langkah sementara ini adalah untuk memastikan pengguna-pengguna tidak mengalami gangguan bekalan air bagi tempoh berpanjangan.Sila rujuk senarai zon yang dilampirkan.gangguan-5okt16

Kami meminta kerjasama pengguna supaya menggunakan air secara berhemat untuk membantu kami mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan yang terlibat.

Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sewaktu tempoh pemulihan ini.

Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan kami, pengguna dinasihati memuat turunkan “mySYABAS” aplikasi telefon pintar atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Segala kesulitan amatlah dikesali.
* Amin Lin Abdullah adalah Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor