SELAYANG, 22 OKT: Pasukan PKNS FC mengesahkan penyertaannya di dalam Liga Super musim 2017 selepas muncul sebagai salah satu pasukan dua teratas Liga Perdana bersama Melaka United.
Pada aksi terakhir liga musim ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pasukan kendalian jurulatih E. Elavarasan mengutip tiga mata selepas meraih kemenangan tipis menentang Kuala Lumpur 2-0 hasil jaringan pemain import, Juan Manuel Cobelli pada minit ke-10 dan 66.
PKNS menduduki pasukan kedua teratas dengan 48 mata dan Melaka United terlebih dahulu mengesahkan kejuaraan musim ini dengan 49 mata.
EZY