Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 5 OKT: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini disebabkan pengukuhan dolar susulan data ekonomi negara itu yang memberangsangkan, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1350/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1250/1300 pada Selasa, lapor BERNAMA.

Pedagang berkata, data sektor pembuatan AS yang positif meningkatkan semula pertaruhan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah hujung tahun ini.

Pegawai Rizab Persekutuan semalam membayangkan adanya asas kukuh untuk menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi, katanya. Ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.2618/2706 daripada 5.2606/2674 penutup Selasa, jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0167/0206 daripada 3.0114/0161 dan lebih lemah berbanding euro kepada 4.6341/6414 daripada 4.6023/6083.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 4.0212/0272 daripada 4.0279/0348 Selasa.

EZY