SHAH ALAM, 17 OKT: Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini.
Matawang tempatan itu menyusut kembali berbanding dolar AS kepada 4.2180/2374 berikutan pengeluaran data Bank Negara.
Ringgit juga ditutup lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.
Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0300/0.3305 berbanding 3.0214/0252 (14 Oktober) dan merosot berbanding yen kepada 4.0480 daripada 3.9999/9066.
Ringgit juga susut berbanding pound Britain kepada 5.1329 daripada 5.1142/1220 minggu lalu dan berkurang berbanding euro kepada 4.6263 daripada 4.6199/6267.
-NFN-