Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RM12 juta diperuntuk baiki saliran elak banjir di Meru

OLEH SYASYA SUFIAN

KLANG, 9 OKT: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM12 juta bagi menaik taraf saliran di Pekan Meru yang sering dilanda banjir jika berlaku hujan lebat.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata permasalah utama dikenal pasti di DUN Meru adalah banjir yang berlaku di Pekan Meru sebelum 2008 lagi.

“Kita bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turun padang untuk melihat sendiri keadaan dan saliran yang perlu dinaik taraf.

“Kajian reka bentuk telah pun selesai dilaksanakan di peringkat perunding melihat apa punca permasalah dan projek fetigasi yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian selepas perasmian Karnival Jelajah Infratani 2016 DUN Meru, semalam.

taniHadir sama ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman turut mengakui sistem saliran bermasalah antara faktor menyebabkan berlakunya banjir di kawasan itu.

Katanya, kerja naik taraf dijangka dilaksanakan Februari tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Karnival Jelajah Infratani 2016 DUN Meru merupakan jelajah yang terakhir untuk ini setelah melalui beberapa daerah dan DUN.

Zaidy berkata, DUN Meru adalah progam penghujung sebelum meneruskan ke program kemuncak iaitu Selangor Agrofest 2016 yang bakal berlangsung di Pantai Morib pada 20 hingga 23 Oktober ini.

“Objektif utama program infratani adalah untuk pimpinan bersama exco dan agensi kerajaan turun padang melihat perkara yang perlu penambahbaikan dalam infrastruktur dan pertanian.

“Dalam bidang pertanian juga kita turut turun ke ladang memberi khidmat nasihat dan menyalurkan bantuan diperlukan,” katanya.

EZY