Categories
SELANGOR

RM3 juta jayakan Program Intervensi Awal

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Sejumlah RM3 juta disalurkan bagi menjayakan Program Intervensi Awal (PIA) di Selangor, umum Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, ia khusus diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dengan pendidikan berteraskan pelbagai jenis terapi.

Katanya, ia termasuk ‘physiotherapy’, ‘occupational therapy’, ‘speech therapy’ dan ‘hydrotherapy’.

“Program ini membantu ibu bapa mengambil langkah awal mengelakkan berlakunya masalah sampingan pada keadaan fizikal anak-anak mereka di
masa akan datang.

“Pada masa sama, PIA membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini beradaptasi dalam masyarakat tanpa merasa terpisah kerana mereka juga mempunyai kebolehan dan potensi tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

EZY