Categories
SUKANKINI

Semenyih MTB Challenge tarik peserta antarangsa

OLEH LIZAWATI MADFA

SEPANG, 9 OKT: Hampir seribu pelumba basikal berlepas untuk kejohanan basikal bukit, Semenyih MTB Challenge 2016 di Sungai Lalang Hot Spring, pagi ini.

Perlumbaan tahun kedua ini bukan sahaja menarik penyertaan dari Selangor dan negeri lain malah turut menarik peserta luar negara.

Antaranya, penyertaan daripada pasukan 33 Cycling Sungai Petani, Bahau Cycling Club, JB Bicycle Hash, JB MTB Gang, KK Sabah dan Singapore Ind.

Kategori dipertandingkan termasuk Men Junior (bawah 18 tahun), Men Open (19-34 tahun), Men Master (35-44 tahun), Men Senior Master (45 tahun ke atas), Women Open (bawah 34 tahun) dan Women Senior (35 tahun ke atas).

Dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semenyih, cabaran kali ini melibatkan jarak sejauh 40.7 kilometer sekitar kawasan Hulu Langat.

mtv1Pelbagai hadiah menarik menanti peserta Semenyih MTB Challenge 2016 termasuk hadiah istimewa untuk cabutan bertuah.

Pada 2015, Semenyih MTB Challenge berlangsung di Semenyih Eco-Venture Resort & Recreation dengan jarak sejauh 35 kilometer.

EZY