Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

SOPMA XIX: Bowling kalung emas kedua

OLEH AFIX REDZUAN

KUCHING, 2 OKT: Kontinjen bowling tenpin Selangor terus menyumbang pingat emas dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA XIX) apabila berjaya menguasai acara beregu lelaki.

Gandingan Mohd Firdaus Mohamad dan Mohd Razid Redzali berjaya mengumpul 2,454 mata menewaskan gandingan Wilayah Persekutuan dengan perbezaan 157 mata.

Chua Hock Seng dan Mohd Zaidy Awang merangkul perak dengan 2,297 mata sementara gangsa menjadi milik Sabah menerusi gandingan Ho Choon Seong dan Nathaneal Siegfred Enson yang mengutip 2,202 mata.

cp2a1570Ini merupakan kejayaan kedua Selangor merangkul emas selepas Mohd Firdaus berjaya memenangi kategori perseorangan individu, semalam.

Pingat emas itu disampaikan sendiri Ketua Kontinjen (CDM) Selangor Azlan Johar bertempat di Megalanes Sarawak.

Sementara itu bagi kategori wanita, gandingan Sarawak mengungguli pingat emas dan perak sementara gangsa menjadi milik Terengganu.

Sia Chew Ing dan Siong Mui Hong mengutip 1,726 mata sementara V Helminah Mikel Rudy dan Siw Sing Hie mengumpul 1,687.

Gandingan Nul Anawiah Ismail dan Nur Amalina Mohd Rani ketiga dengan pungutan 1,684 mata.

-nR-