Categories
SUKANKINI

SOPMA XIX: Selangor raih dua gangsa olahraga

OLEH AFIX REDZUAN

KUCHING, 2 OKT: Selangor terus mempamerkan persembahan mantap dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA XIX) apabila berjaya meraih dua pingat gangsa dalam acara olahraga, pagi ini.

Dua pingat itu disumbangkan Hemma Nagendran dalam acara lempar cakera wanita akhir sementara Muhammad Najib Mohd Said mengumgguli acara lompat jauh lelaki akhir.

Hemma mencatatkan balingan sejauh 19.54 meter dibelakang pemenang pingat perak, Maria Melisa Mohd Mohtiar 21.26 meter dari Sarawak.

pingat-gangsaPingat emas dirangkul atlet Kedah, Nurhayati Abdul Halim dengan jarak balingan 22.57 meter.

Sementara itu, Muhamad Najib mencatatkan lompatan sejauh 5.47 meter untuk membawa pulang pingat gangsa.

Emas menjadi milik Sabah menerusi Jef Claudio Pius dengan lompatan 5.63 meter manakala, pingat perak buat Muhammad Syafiq Mokhtar dari Kedah dengan catatan 5.58 meter.

-nR-