OLEH AFIX REDZUAN
KUCHING, 2 OKT: Selangor mengakhiri cabaran hari kedua Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA XIX) dengan satu lagi kutipan pingat gangsa menerusi acara olahraga.
Kho Shi Lung menghadiahkan pingat berharga buat Selangor menerusi acara lompat tinggi akhir berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.
Beliau berjaya mencatatkan ketinggian 1.56 meter, kurang 0.03 meter daripada pemenang pingan emas dan perak.
Emas menjadi milik atlet Wilayah Persekutuan, Danish Abd Rahim manakala perak dimenangi atlet Kedah, Lim Chee Cheong.
Masing-masing mencatatkan ketinggian lompatan 1.59 meter namun Danish terlebih dahulu berjaya pada lompatan pertama.
Secara keseluruhan, Selangor berjaya mengutip tiga gangsa daripada sukan olahraga hari ini.
Terdahulu, dua pingat gangsa berjaya disumbangkan Hemma Nagendran dalam acara lempar cakera wanita akhir sementara Muhammad Najib Mohd Said mengungguli acara lompat jauh lelaki akhir.
Berdasarkan kedudukan semasa, Selangor sudah mengutip lima pingat secara keseluruhan dengan dua daripada pingat emas daripada acara bowling tempin.
-nR-