Categories
NASIONAL

SPR keluarkan DUN dikuasai KEADILAN beri kelebihan kepada BN

OLEH NAZLI IBRAHIM

MELAKA, 11 OKT: Persempadanan semula di Melaka menyaksikan kawasan Parlimen Bukit Katil yang dimenangi Shamsul Iskandar Md Akin terjejas apabila beberapa kawasan dikuasai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dipindah keluar ke kawasan lain.

Kata Shamsul Iskandar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya tidak mengikut telunjuk Umno dengan menjalankan taktik kotor bagi memenangkan Umno yang terdesak mempertahankan kuasa.

“Dia keluarkan DUN Bacang yang saya menang selesa, dia masukkan ke Parlimen Kota Melaka. Dia masukkan DUN Teluk Mas jadikan DUN Alai.

“Ya saya tak bimbang tetapi kita mesti bantah kerana hak kita dalam perlembagaan. Jangan buat cara kotor begitu. Walaupun saya yakin kalau rakyat buka mata dan sedar, ‘konar’ ikut mana sekalipun rakyat akan keluar sama-sama menolak Umno-BN dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.

Justeru, Shamsul menggesa orang ramai yang belum mendaftar supaya segera mendaftar bagi membolehkan mereka berpeluang menjalankan tanggungjawab menentukan masa depan negara.

EZY