Categories
SELANGOR

SIE 2016 tarik lebih 10,000 pengunjung, meningkat sekali ganda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 NOV: Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2016 berjaya menarik seramai 10,689 pengunjung, kata Exco Pelaburan, Perindustrian Kecil dan Sederhana, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata, ia meningkat lebih sekali ganda berbanding SIE 2015 yang hanya berjaya menarik 4,315 pengunjung.

“Daripada 10,689 pengunjung pada tahun ini, seramai 8,520 iaitu 79.7 peratus adalah ‘trade visitor’.

“Manakala selebihnya iaitu 2,169 bersamaan 21.3 peratus merupakan orang awam,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

dns-2016Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Batang Kali, Datuk Mad Nadzari Ahmad Dahlan berhubung penganjuran SIE.

Chang Khim berkata, SIE bertujuan mempromosikan Selangor hab perdagangan global.

“Selain itu, ia menjadi platform syarikat tempatan dan asing serta perusahaan kecil dan sederhana mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka serta mencari peluang ke pasaran luar negara,” katanya.

EZY