Categories
SELANGOR

346 mangsa banjir masih ditempatkan di Selangor

SHAH ALAM 28 JAN: Seramai 346 mangsa banjir masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Sabak Bernam setakat jam 10 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Daerah Sabak Bernam berkata jumlah berkenaan kekal seperti malam tadi, lapor BERNAMA.

“Seramai 153 mangsa melibatkan 45 keluarga ditempatkan di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar dan 164 mangsa melibatkan 52 keluarga di Dewan Parit Baru, Sungai Air Tawar.

“Manakala di Dewan Seri Nakhoda, seramai 29 orang melibatkan lapan keluarga ditempatkan akibat rumah mereka dinaiki air,” katanya.

=EZY=