KUALA LUMPUR, 13 JAN: Skuad Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee kekal pada kedudukan ke-161 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Berdasarkan ranking terbaru disiarkan menerusi laman sesawang FIFA di www.fifa.com, skuad itu kekal menghuni kedudukan sama, pada Disember lalu.
Sementara di peringkat Asia, skuad Harimau Malaysia kekal di tangga ke-31 dalam kalangan 46 negara.
Skuad kebangsaan turut kekal pada kedudukan kelima dalam kalangan negara ASEAN dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi ke-122, Thailand (126), Vietnam (136) dan Myanmar (159).
Dua pasukan benua Amerika Latin, Argentina dan Brazil mengekalkan kedudukan selaku dua pasukan terbaik dunia selepas masing-masing mengumpul 1,634 dan 1,544 mata, manakala juara Piala Dunia 2014, Jerman kekal di tangga ketiga dengan kutipan 1,433 mata.
Ranking bulanan FIFA membabitkan 209 negara.
-AA-