SHAH ALAM, 31 MAC: Banjir di Alor Gajah, melaka kembali pulih dan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman mereka, pada jam 1.30 tengahari tadi.
BERNAMA melaporkan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, kumpulan terakhir mangsa banjir iaitu 43 orang dari 14 keluarga di pusat pemindahan Bilik Bacaan Taman Seri Bayu 2, Rembia, sudah dibenarkan pulang.
“Semua pusat pemindahan di daerah ini secara rasminya ditutup dan cuaca ketika ini cerah, namun kita sentiasa memantau keadaan,” katanya.
-NFN-