HONG KONG 20 MAC: Gempa bumi berukuran 6.0 melanda Kepulaan Solomon, awal pagi ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.
Ia berlaku pada jam 2.43 pagi waktu tempatan pada kedalaman 4.0 kilometer, kira-kira 170 kilometer ke utara timur laut ibu kota Honiara. Tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.
Kepulauan Solomon adalah sebahagian Lingkaran Api Pasifik, yang kerap dilanda gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Pada 2007, gempa bumi berukuran 8.0 menggegarkan Kepulauan Solomon dan meragut 52 nyawa serta menyebabkan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal apabila mencetuskan tsunami setinggi 10 meter.
=EZY=